Search
Close this search box.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Foto fail TVS

Pekit Kumang platform pamer keunikan pakaian tradisi, Ngepan Iban – Nanta

ByFebbright James

KAPIT, 12 Mei: Pekit Kumang atau Pertandingan Kumang Gawai merupakan platform yang tepat untuk mempamerkan keindahan dan keunikan kostum kaum Iban iaitu Ngepan, demikian menurut Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Katanya, tujuan penganjuran Pekit Kumang setiap kali musim perayaan Hari Gawai adalah baik dan tidak berniat untuk membandingkan kecantikan wanita.

“Saya menerima pelbagai maklum balas mengenai ada yang berpendapat penganjuran Pekit Kumang ini merendahkan martabat wanita.

“Kita anjurkan Pekit Kumang ini bukan semata-mata untuk melihat siapa yang cantik dan yang kurang cantik tetapi ini adalah platform untuk mereka menunjukkan pakaian tradisi orang Dayak yang kita banggakan.

“Ini melambangkan kekayaan budaya dan berkaitan dengan ketamadunan Dayak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Majlis Mantar Gawai Kapit 2024 di Dewan Suarah Kapit.

Sebelum ini, pelbagai respon di media sosial susulan ada pihak yang mendakwa penganjuran Pekit Kumang adalah dilihat merendahkan kaum wanita Dayak.

Tambah Nanta, Pekit Kumang ini memberi peluang kepada golongan muda untuk menggayakan dan menyarung pakaian tradisional.

Pada Majlis Mantar Gawai tersebut, Jessica Ajik, 19 tahun telah dinobatkan sebagai Kumang Gawai Kapit 2024 yang membawa pulang wang tunai RM5,000 dan trofi.

Pekit Kumang merupakan acara kemuncak setiap kali menjelang musim perayaan Hari Gawai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan