Search
Close this search box.
Jeoci Ting (kiri) dan Libat Langub berkongsi kenangan mereka berdua ketika bersama mendiang Datuk Mutang Tagal. Foto, Connie Grace (TVS).

Mutang Tagal buktikan anak pedalaman mampu berjaya, dilantik pegang jawatan penting

ByConnie Grace

Miri, 12 Mei: Sepupu kepada Datuk Mutang Tagal, Libat Langub berkata, tokoh berkenaan telah membuktikan bahawa rakyat dari kawasan pedalaman boleh diberi tanggungjawab penting termasuk dipilih sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara.

Libat,65, berkata, ketika mendiang dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara pada Februari lepas, seluruh keluarga terkejut kerana Mutang sudah lama tidak bergiat aktif dalam politik.

Tuhan panggil anak saya, kita tidak boleh buat apa – bapa mendiang Mutang

“Bagi saya, perlantikan mendiang memegang jawatan berkenaan sangat bersejarah seperti kisah epik kerana budak luar bandar dilantik menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara.

“Bukan mudah untuk sampai ke tahap itu,” katanya kepada TVS ketika ditemui pada Majlis Penghormatan Terakhir di Gereja BEM, di sini hari ini.

Mutang meninggal dunia kira – kira 11.46 pagi pada 10 Mei lepas akibat komplikasi jantung ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Sebelum itu mendiang dilaporkan jatuh sakit sewaktu lawatan kerja di Azerbaijan yang bermula 29 April lepas.

Sementara itu, Libat turut berkongsi kenangan ketika mereka membesar bersama – sama lebih 50 tahun lepas.

“Ketika itu untuk bergerak ke kawasan lain begitu mencabar. Kami perlu berjalan jauh manakala di kawasan yang lebih terpencil seperti Sungai Mendamit, bot terpaksa digunakan.

“Komunikasi juga menjadi halangan besar namun tidak mematahkan semangat kami,” katanya.

Sementara itu, pembantu peribadi Mutang, Jeoci Ting berkata, pemergian mendiang merupakan kehilangan besar pada warga Semaring Enteprise dan Mutang & Sam Advocates.

Katanya, Mutang merupakan seorang ketua yang tegas namun sentiasa mengambil berat kebajikan pekerjanya.

“Saya berasal dari Sabah dan mula bekerja dengan mendiang sejak 2009, beliau seperti bapa saya.

“Keluarga mendiang juga begitu menambil berat mengenai saya yang mempunyai masalah kesihatan.

“Ketika saya jatuh sakit, mendiang yang jaga saya,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan