Search
Close this search box.
Kuching City FC berjaya meraih mata dalam aksi pertama Liga Super 2024 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi. Foto kredit, Kuching City FC.

Liga Super: Kuching City FC ikat Kuala Lumpur City FC di Cheras

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 12 Mei: Kuching City FC berjaya meraih mata dalam aksi pertama Liga Super 2024 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi.

Anak buah Aidil Shahril Sahak berjaya mengikat Kuala Lumpur City FC dengan keputusan 1-1 selepas tamat aksi 90 minit.

Begitupun keputusan berkenaan tidak mudah selepas The Cats ketinggalan pada minit ke-12 menerusi jaringan penyerang sensasi, Paulo Josue.

Kuching City FC tidak menunggu lama apabila Pedro Henrique berjaya menghasilkan jaringan penyamaan tujuh minit kemudian.

Tiada jaringan terhasil pada babak kedua.

Keputusan lain hari ini menyaksikan Sabah FC turut berkongsi mata dengan Penang FC selepas aksi di Stadium Likas berkesudahan 0-0.

Perlawanan pada Jumaat menyaksikan Kedah Darul Aman FC menewaskan PDRM FC 1-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang manakala Terengganu FC membelasah Perak FC 3-1 di Stadium Sultan Zainal Abidin, Gong Badak.

Sri Pahang FC turut meraih tiga mata penuh selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Kelantan United FC. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan