Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah (tengah) hadir pada Majlis Penyerahan Baton di Dataran Pehin Setiaraja. Foto, Muqri Aziz (TVS).

Lebih 1,000 sertai Larian Baton SUKMA di Mukah

ByMuqri Aziz

MUKAH, 12 Mei: Lebih 1,000 penduduk sekitar menyertai Larian Baton Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak dan Para SUKMA Sarawak 2024 di Dataran Pehin Setiaraja di sini hari ini.

Bahagian ini menjadi lokasi keempat selepas Limbang, Miri dan Bintulu setelah perasmian dilakukan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah di Lawas pada 27 April lalu.

SUKMA 2024: Lebih 1,000 atlet, pegawai akan berkampung di Bintulu

Residen Bahagian Mukah, Kueh Lei Poh berkata pihaknya berterima kasih kerana diberi peluang untuk menganjurkan tiga acara SUKMA iaitu bola sepak, bola jaring dan judo.

“Kita berharap agar masyarakat dapat memberi sokongan padu kepada atlet-atlet yang akan berkampung di sini.

“Menerusi sokongan semua pihak, SUKMA Sarawak 2024 akan berjaya dan seterusnya memberi impak positif kepada perkembangan sukan negara,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

SUKMA 2024: Mukah bersedia terima kehadiran 800 atlet, pegawai

Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA Sarawak 2024, Datu Hii Chang Kee dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi.

Acara itu juga diserikan dengan kehadiran ikon sukan berasal dari Mukah yang pernah membanggakan Sarawak dan Malaysia iaitu Ashley Irenaeus Jeck (Para Badminton) dan Sim Siew Ling yang merupakan bekas atlet Para Ping Pong.

Turut menyertai larian baton ialah enam bekas pemain bola sepak iaitu Roslan Hamdan, Zainal Laily, Jamal Wasli, Awang Abd Razak, Khalid Zaini dan Awang Aswari Awang Adeni. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan