Search
Close this search box.
Daeloniel McDelon Bong merangkul pinggang utama WBC Asia Silver Super Bantamweight (55.0kg). Foto TVS

Kilat Boy rangkul tali pinggang utama WBC Asia 2024

KUCHING, 12 Mei: Beraksi di gelangang sendiri memberikan sedikit kelebihan kepada jaguh tinju negara, Daeloniel McDelon Bong untuk menumbangkan jaguh tinju dari Thailand, Yuttichai Wanawong menerusi tumbukan “Technical Knock-Out” (TKO) pada pusingan kelima perlawanan Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) di hadapan lebih 2,000 penonton.

Kemenangan itu membolehkan McDelon yang lebih dikenali sebagai Kilat Boy merangkul pinggang utama WBC Asia Silver Super Bantamweight (55.0kg).

Mengakui mendapat tentangan yang agak sengit daripada Wanawong namun berkat taktikal perlawanan, bimbingan serta latihan intensif yang dilakukan sebelum perlawanan itu nyata memberikan kelebihan kepadanya untuk lebih menguasai rentak perlawanan tersebut.

“Dalam masa tiga minggu persiapan saya memdapat banyak bimbingan daripada jurulatih baharu ini dan apa yang boleh saya katanya kaedah serta program latihannya adalah pada tahap profesional sekali.

“Tidak lupa juga penghargaan kepada rakan sparring saya yang datang jauh dari Sabah dan Filipina iaitu Harlen Victor Gomez yang juga merupakan pemegang dua tali pinggang utama iaitu WBC Asia Continental Champion (Bantamweight) dan ABF Asia Champion (Bantamweight) kerana daripada mereka saya banyak belajar untuk beraksi lebih bagi untuk perlawanan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Perlawanan Kemuncak Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak dan WBC Asia di Stadium Perpaduan Petrajaya di sini, malam tadi.

Kejayaan merangkul tali pinggang utama tersebut juga turut merealisasi impian awal bintang sensasi yang terkenal dengan panggilan ‘Kilat Boy’ itu.

Hadir sama menyaksikan perlawanan bersejarah itu, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan