Search
Close this search box.
Setiausaha Politik Premier Sarawak, Susan Clement Ingus (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada salah seorang peserta yang sertai acara pada Karnival TVET Sarawak di Serian Conference Centre (SCC) di sini hari ini. Foto, TVS.

Karnival TVET Sarawak perkasa tenaga kerja bersaing di pasaran

SERIAN, 12 Mei: Kemajuan pantas teknologi memerlukan tenaga kerja bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) memiliki kemahiran digital terkini untuk berdaya saing di pasaran.

Timbalan Menteri Perlancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan berkata, Sarawak melalui Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) telah memberikan fokus kepada perkembangan bakat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) kepada setiap pelajar sekolah.

Katanya, TEGAS juga mahu golongan pelajar menyedari kepentingan serta manfaat pendidikan STEM kepada bidang TVET yang memerlukan kemahiran digital peringkat tinggi.

“Kebanyakan pekerja dalam bidang TVET perlu mahir dengan penggunaan alatan teknologi yang canggih seperti dron dan robotik bagi industi pembinaan, petroleum dan gas, pembuatan dan lain-lain.

“Dalam soal ini, inisiatif Kerajaan Sarawak melalui TEGAS turut mementingkan perkembangan bakat STEM kepada setiap pelajar sekolah supaya mereka akan mendapat manfaat dan kelebihan sekiraya memilih hala tuju pendidikan seterusnya selepas tamat persekolahan,” katanya.

Teks ucapannya dibacakan oleh Setiausaha Politik Premier Sarawak, Susan Clement Ingus pada Majlis Penutupan Karnival TVET Sarawak di Serian Conference Centre (SCC) di sini hari ini.

Tambahnya, TEGAS sentiasa komited memastikan anak muda Sarawak terus dipersiapkan dengan kemahiran teknologi dan digital supaya tidak tertinggal dan mampu bersaing dengan masyarakat global.

Karnival TVET Sarawak anjuran TEGAS berlangsung selama dua hari bermula semalam dengan menyasarkan penyertaan pelajar sekolah, warga pendidik serta komuniti setempat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), Udin Bujang berkata, karnival itu memberi banyak manfaat kepada para pendidik bidang TVET untuk melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan digital.

“(Seterusnya mereka boleh) menyampaikan pembelajaran secara efektif dan lebih berkesan kepada para pelajar,” katanya menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Pengurus Kanan Tegas Community Innovative Learning, Fredick Kevin Buseli. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan