Search
Close this search box.
Pesawat yang membawa jenazah mendiang Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal selamat tiba di Lapangan Terbang Miri pada jam 10.40 pagi ini. Foto TVS

Jasad Datuk Mutang Tagal selamat tiba di Miri

ByDouglas Elliot

MIRI, 12 Mei: Pesawat yang membawa jasad mendiang Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal selamat tiba di Lapangan Terbang Miri pada jam 10.40 pagi ini.

Jasad mendiang diterbangkan menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Charlie-130 diiringi isterinya, Datin Ho May Leng dan ahli keluarganya.

Menyambut ketibaan jasad di landasan termasuk Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen & Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, yang juga merupakan Penyelaras Majlis Penghormatan terakhir tersebut.

Turut hadir Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Liwan Lagang, Ahli Parlimen Baram, Dato Anyi Ngau, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dato Dennis Ngau dan ADUN Murum, Kennedy Chukpai Ugon.

Keranda mayat kemudiannya diusung 10 pengiring Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke dalam van jenazah sebelum menuju ke Gereja Sidang Injil Borneo (BEM) Airport Road bagi upacara penghormatan terakhir.

Orang awam yang ingin memberi penghormatan terakhir boleh berbuat demikian sehingga jam 10.30 malam ini.

Keranda mendiang juga akan ditempatkan di sini sehingga upacara pengebumian yang dijadual pada Isnin. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan