Search
Close this search box.
Wislon Ugak (lima dari kanan) hadir pada Majlis Malam Pra Gawai 2024 di Dewan Suarah di Kapit semalam. Foto, Facebook Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Fasiliti liputan 5G tiba di Kapit, perkhidmatan akan bermula tempoh terdekat – Wilson Ugak

ByFebbright James

KAPIT, 11 Mei: Kawasan di sekitar Pasar Kapit akan menerima perkhidmatan liputan 5G tidak lama lagi, kata Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Timbalan Menteri Digital itu berkata, agensi di bawah kementeriannya, Digital Nasional Berhad (DNB) telah membawa fasiliti untuk perkhidmatan berkenaan ke sini dari Kuala Lumpur.

Kerjasama antara wakil rakyat penting pacu pembangunan Kapit – Nanta

Jelas beliau, kabel pula dibekalkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Kita juga bekerjasama dengan syarikat telco dan SKMM untuk pemasangan menara di atas bangunan Majlis Daerah Kapit (MDK) dan diselaraskan merangkumi kawasan dalam radius lima kilometer (km) radius,” katanya kepada pemberita selepas hadir Majlis Malam Pra Gawai 2024 di Dewan Suarah di Kapit semalam.

Datuk Wilson Ugak Kumbong ketika ditemui media semasa Majlis Malam Pra Gawai 2024 di Dewan Suarah di Kapit. Foto, Febbright James (TVS).

Yang turut hadir, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Mengulas lanjut, Wilson Ugak berkata, kemudahan itu disediakan setelah menerima banyak keluhan daripada rakyat mengenai kelemahan jaringan internet di kawasan itu.

“(Fasiliti untuk perkhidmatan) 5G itu akan dipasang di atas bangunan MDK selewat-lewatnya pada 15 Jun ini.

Mengulas mengenai peranan DNB untuk membekalkan perkhidmatan berkenaan kepada rakyat setempat, Wilson Ugak berkata, projek itu akan dilaksanakan segera bagi menyelesaikan isu liputan telekomunikasi yang lemah.

Sementara itu, beliau memaklumkan, permohonan untuk kemudahan sama di Belaga juga akan dibuat bagi memastikan kelancaran urusan pentadbiran.

“Di sana terdapat hospital dan juga pentadbiran lain yang berhadapan dengan kelemahan liputan 4G.

“Jadi saya minta kementerian untuk sediakan liputan 5G di Kapit dan Belaga bagi urusan penghantaran laporan seperti yang diperlukan oleh sekolah dan hospital,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan