Search
Close this search box.
Pemain Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim sangat teruja untuk menjalani rawatan fisioterapi agar dapat segera kembali beraksi seperti sediakala. Foto fail, AFP.

Faisal Halim teruja jalani fisioterapi untuk kembali beraksi

ByBernama

PELABUHAN KLANG, 12 Mei: Pemain Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim sangat teruja untuk menjalani rawatan fisioterapi agar dapat segera kembali beraksi seperti sediakala.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata keadaan kesihatan pemain Harimau Malaya itu semakin baik selepas menjalani pembedahan ketiga dan sangat positif tentang keadaan dirinya.

Faisal Halim disimbah asid

“Beliau kelihatan cergas dan teruja tentang fisioterapi kerana ingin kembali beraksi,” katanya kepada pemberita pada Program ALAM Be-Leaf Mangrove Tree Planting di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hannah berkata Institut Sukan Negara (ISN) kini bekerjasama dengan doktor yang merawat Muhammad Faisal bagi memastikan perkembangan kesihatan selepas pembedahan anak jati Pulau Pinang itu berada pada landasan yang betul.

PM doakan Faisal Halim segera sembuh dan kembali teruskan perjuangan bola sepak

“Kita kena rujuk dengan doktor (kadar kesembuhan) dan doktor agak yakin Faisal sangat positif tentang diri sendiri. Ada atlet yang mungkin sedih dan merasakan tidak dapat melakukannya lagi, tetapi Faisal berbeza,” katanya.

Pada 5 Mei lepas, Muhammad Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika berada di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya kira-kira 5 petang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan