Search
Close this search box.
Haikal Hammaad Zain bersama pemenang Pertandingan Matematik Dunia 2024 (WMC2024) di Pustaka Negeri Sarawak, Kuching di sini hari ini. Foto, TVS.

Dua pelajar Sarawak raih emas Pertandingan Matematik Dunia 2024

KUCHING, 12 Mei: Dua wakil negara berasal dari Sarawak berjaya merangkul pingat emas pada Pertandingan Matematik Dunia 2024 (WMC 2024) di Johor Bahru, Johor, bulan lepas.

Lincoln Tie Ung Xie dan Fatihah Mohd Dzulkarnain membanggakan Bumi Kenyalang apabila meraih emas dalam kategori masing – masing.

Selain itu Sarawak turut meraih pingat perak menerusi Malaeqa Humairah Mohd Noor Nasyrud Faiz, Imran Affandi Ahmad Zaki dan Maximilian Tie Jin Xing.

Jada Ayesha Sabaruddin, Muhammad Ayden Reza Mohd Syazrul Afandi dan Lorelle Tie Xin Yi turut tidak menghampakan apabila membawa pulang gangsa pada pertandingan yang berlangsung 27 April lepas.

Pertandingan menuntut Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Matematik peserta dalam usaha mencari penyelesaian bagi setiap soalan.

Pemilik Francais Sakamoto Mathematics Method Malaysia, Haikal Hammaad Zain berkata, mereka yang membawa pulang pingat secara automatik akan mewakili Malaysia pada tahun hadapan.

“Sudah semestinya kalau menang akan terpilih sertai pada tahun berikutnya.

“Bagaimanapun kita perlu memantau perkembangan mereka kerana sekarang mungkin pingat emas tetapi tahun depan, naik tahap lain dan kita perlu tengok sama ada mereka boleh bersaing atau tidak,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pertandingan WMC anjuran Sakamoto Educational System Pte Ltd berlangsung setiap tahun di beberapa negara termasuk Singapura, Vietnam, Filipina, Australia dan Indonesia.

Pada tahun hadapan, pertandingan dijadualkan berlangsung di Malang, Indonesia pada Jun.

Sementara itu, Dr Roslin Mohamad Taha yang juga ibu kepada Jada Ayesha Sabaruddin berkata, beliau senantiasa mencari inisiatif untuk meningkatkan tahap pendidikan anak-anaknya dengan mencari sumber rujukan daripada negara luar seperti Singapura.

“Walaupun tahap silibus pendidikan kita belum sampai tahap Singapura, tidak sepatutnya anak kita kebelakang.

“Jadi kita faham Kerajaan Malaysia sedang cuba meningkatkan silibus namun sebelum kerajaan dapat laksanakannya, maka kita kena lakukan tugasan untuk membantu anak-anak,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan