Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemilik NSA Vision Bintulu Sdn Bhd, Nur Shahida Atiqah Ali bersama rakan setugasnya ketika ditemui TVS selepas Majlis Perasmian Program BizFrancais Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam. Foto TVS

Bimbingan PERNAS beri keyakinan kepada Woops Eyewear

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 12 Mei: Sebelum ini mereka tidak mempunyai pengetahuan dan terkapai-kapai dalam menjayakan perniagaan namun setelah menyertai Perbadanan Nasional Bhd (PERNAS) sebuah agensi yang ditubuhkan pada 1969 ini memberi sinar kepada mereka dalam mengembangkan perniagaan.

Pemilik NSA Vision Bintulu Sdn Bhd, Nur Shahida Atiqah Ali mendedahkan melalui program di bawah PERNAS, beliau didedahkan pengetahuan dalam menjalankan perniagaan melalui bimbingan francaisonya PV Optic Bintulu Sdn Bhd.

Bimbingan PERNAS beri keyakinan

“Program PERNAS ini memberikan keyakinan kepada saya dari golongan bumiputera ini dalam menjalankan perniagaan,” katanya ketika ditemui TVS selepas Majlis Perasmian Program BizFrancais Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam.

Tambahnya, bimbingan ini menjadikan beliau sebagai seorang berani untuk menyahut cabaran dalam berhadapan dengan risiko.

Dalam masa sama meluahkan kesyukuran kepada PERNAS, Atiqah berharap agar boleh mengembangkan lagi sayap perniagaan di seluruh Sarawak sebelum meluaskan ia ke Semenanjung Malaysia.

Mengenai perkembangan, beliau berkata, Woops Eyewear sudah mempunyai sebanyak sembilan cawangan di seluruh Sarawak, selain menjual kaca mata sendiri, Woops Eyewear juga menyediakan perkhidmatan pemeriksaan mata termasuk kesihatan yang dikendalikan oleh optometris yang berpengalaman. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan