Search
Close this search box.
Sebuah bas membawa 39 penpang terbalik ke dalam longkang di Kilometer 264.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat sini hari ini. Foto, IPD Ipoh.

21 parah, bas terbalik dalam longkang

ByTVS

IPOH, 12 Mei: Seramai 21 penumpang sebuah bas persiaran dilaporkan cedera parah apabila bas tersebut terbalik ke dalam longkang di tepi jalan dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 264.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, insiden kira-kira pukul 7.20 pagi itu berpunca oleh sebuah kereta dari arah Kulim, Kedah yang menuju ke Ipoh yang hilang kawalan.

Katanya, kereta yang berada di lorong kanan telah memasuki lorong kiri yang dilalui bas dari arah sama sebelum melanggar sisi sebelah kanan bas.

“Kereta dipandu lelaki 44 tahun itu berpusing 360 darjah sebelum melanggar bahagian hadapan sebelah kanan bas sehingga menyebabkan bas hilang kawalan.

“Bas membawa 39 penumpang itu kemudiannya terbabas masuk ke dalam longkang di bahu kiri jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Abang Zainal Abidin, penumpang bas berusia 9 hingga 80 tahun kemudiannya dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dan Klinik Greentown di sini bagi rawatan lanjut.

Katanya, 20 lagi penumpang termasuk pemandu bas dan kereta tidak cedera.

Ujar beliau, polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu untuk menghubungi pegawai penyiasat kes dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Inspektor Jong Pit Chiao di talian 016-8849 163 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan