Search
Close this search box.
Suasana hiba menyelubungi perkarangan Nirvana Centre Kuala Lumpur ketika Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Yang Dipertua Dewan Negara, mendiang Datuk Mutang Tagal. Foto Amirah Shawel (TVS)

Yang di-Pertua Negeri Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Mutang Tagal

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 11 Mei: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberi penghormatan terakhir kepada Yang Dipertua Dewan Negara, mendiang Datuk Mutang Tagal di Nirvana Centre di sini, hari ini.

Tun Dr Wan Junaidi yang diiringi isterinya, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi tiba di pusat peringatan itu pada 11.25 pagi sebelum bertemu ahli keluarga termasuk balu mendiang, Datin Ho May Leng.

Turut hadir memberikan penghormatan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Md Nor, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara sebelum ini memaklumkan Datuk Mutang Tagal meninggal dunia pada 11.46 pagi, 10 Mei di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Mutang, 70, mula menerima rawatan di Insitut Jantung Negara sejurus tiba dari Azerbaijan pada 6 Mei, selepas melakukan lawatan kerja bermula 29 April dan pulang lebih awal daripada yang dijadualkan.

Mutang dipilih menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara yang ke-20 dan mengangkat sumpah di Dewan Negara pada 19 Februari 2024.

Mutang menggantikan Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang meletak jawatan pada 26 Januari 2024 setelah dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Beliau merupakan Orang Ulu yang pertama dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas, Sarawak, berkhidmat pada tahun 1982 hingga 1990. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan