Search
Close this search box.
Nyurak Keti (kiri) dan Datu Hii Chang Kee (kanan) optimis ketiga-tiga venue acara sukan di Bintulu dapat disiapkan bagi menerima kira-kira 1,000 atlet dan pegawai yang akan berkampung kelak. Foto Muqri Aziz (TVS)

SUKMA 2024: Lebih 1,000 atlet, pegawai akan berkampung di Bintulu

ByMuqri Aziz

BINTULU, 11 Mei: Bahagian ini bersedia menerima kehadiran lebih 1,000 atlet dan pegawai yang akan menyertai tiga acara pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA Sarawak 2024, Datu Hii Chang Kee berkata, ketika ini pihaknya sedang giat menambah baik venue sukan serta perkampungan atlet.

Ujar beliau, kerja menaik taraf itu di peringkat akhir kerana menggunakan venue sedia ada.

“Pada masa sama, kita juga akan mempertingkatkan jaringan telekomunikasi dan internet supaya tidak timbul sebarang masalah sepanjang kejohanan berlangsung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Larian Baton sempena SUKMA Sarawak dan Para SUKMA Sarawak 2024 di Dewan Suarah Bintulu di sini hari ini.

Turut hadir, Residen Bahagian Bintulu Nyurak Keti.

Chang Kee berkata, beliau turut meminta Nyurak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengelola SUKMA di Bahagian Bintulu untuk memastikan kesemua venue sukan dapat disiapkan mengikut jadual.

Tiga acara sukan dipertandingkan di sini ialah bola sepak lelaki di Stadium Bintulu dan Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu, sepak takraw di Stadium Muhibah dan Muay Thai di NAIM Bintulu Paragon Street Mall. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan