Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto fail Bernama

PRK KKB: PM ucap tahniah atas kejayaan PH pertahan kemenangan

KUALA LUMPUR, 11 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Perpaduan atas kemenangan calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, calon PH Pang Sock Tao berjaya mempertahan kerusi itu dalam persaingan empat penjuru.

“Saudara Anthony Loke (Setiausaha Agung DAP), tahniah atas kemenangan di Kuala Kubu Baharu… lawan sampai menang… sekarang kita kena pertahankan kemenangan itu,” kata beliau.

Anwar, yang juga Presiden PKR, berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan 25 Tahun parti itu di Depot Sentul di sini malam ini.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut mengucapkan tahniah kepada calon PH yang mewakili Kerajaan Perpaduan kerana memenangi PRK di DUN KKB berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Menurut hantaran di laman Facebook beliau, Pang telah memenangi PRK itu dengan majoriti yang besar.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang, Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan