Search
Close this search box.
Barangan rampasan yang dijadikan sebagai bukti. Foto IPD Mukah

Polis Mukah tahan dua lelaki disyaki curi kabel

MUKAH, 11 Mei: Dua lelaki gagal membuktikan mereka kontraktor syarikat komunikasi sebelum ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kegiatan curi kabel.

Kedua-dua suspek warga tempatan berumur 36 dan 37 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di jalan Rumah Gardah, Selangau, pada jam 2 petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, pemeriksaan polis terhadap kenderaan suspek menjumpai alatan untuk memotong kabel selain potongan kabel tembaga yang sudah dibakar.

Sebelum itu katanya, kedua-dua suspek kelihatan baharu beredar dari kawasan pencawang syarikat telekomunikasi yang belum beroperasi.

“Kenderaan suspek ditahan semasa dalam perjalanan keluar menuju ke arah jalan utama. Semasa soal siasat, kedua-dua lelaki ini gagal membuktikan mereka kontraktor yang dilantik oleh syarikat telekomunikasi. Salah seorang daripadanya mempunyai dua rekod jenayah lampau dan tujuh rekod atas kesalahan dadah.

“Manakala seorang lagi suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau. Turut dirampas semasa serbuan ialah sebuah kenderaan pacuan empat roda berserta anak kunci, 205 potongan tembaga pelbagai saiz dan pelbagai alat pemotong kabel,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, anggaran keseluruhan nilai rampasan ialah RM 61,000 dan kedua-dua suspek direman selama empat sehingga 16 Mei 2024.

Kes katanya, disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Inspektor Mohd Hafez A. Razak di talian 012-9677575 atau talian hotline Ibu Pejabat Polis Mukah 084-871222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan