Search
Close this search box.
Abdul Karim menerima cenderahati disampaikan Peter Minos selepas merasmikan SFCF. Foto TVS

Pembesaran jambatan dan laluan berkembar atasi kesesakan lalu lintas di Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN, 11 Mei: Pembesaran dua jambatan iaitu Jambatan Batang Samarahan dan Jambatan Batang Sadong yang dijadualkan penghujung tahun ini atau pada awal tahun hadapan dijangka akan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Bahagian Samarahan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pembesaran jambatan dan pembinaan laluan berkembar yang menelan belanja RM500 juta kini memasuki fasa penganugerahan projek kepada kontraktor yang dipilih.

“Jalan yang menyeberangi Batang Samarahan, jambatannya pada masa ini terdapat satu laluan pergi dan balik ia akan dibesarkan menjadi dua jambatan jalan berkembar dan kontraknya telah dianugerahkan.

“Jalan yang dibesarkan supaya pergerakan kenderan tidak menjadi satu hala tetapi jalan tersebut akan menjadi jalan berkembar bermula Kampung Baru memasuki kawasan Samarahan selepas sungai hingga ke Jabatan Batang Sadong menyeberangi kawasan yang dikenali sebagai kawasan tadahan air dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian di Festival Makanan dan Kebudayaan Samarahan (SFCF) di Aiman Mall di sini, malam tadi.

Selain pembesaran jambatan dan pembinaan laluan berkembar turut di dalam perancangan adalah pengubahsuaian bulatan kepada simpang empat lengkap dengan lampu trafik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya itu berkata, pembesaran jambatan dan pembinaan laluan berkembar itu adalah di bawah pemantauan Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) yang dijangka siap tiga hingga empat tahun lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan