Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat berkata, dana yang diperuntukkan sebanyak RM4 juta kepada Sarawak adalah masih sedikit. Foto TVS

KUSKOP digesa peruntuk lebih dana kepada usahawan Sarawak

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 11 Mei: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) digesa memperuntukan lebih banyak lagi dana dalam memperkukuhkan keusahawanan di Sarawak.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Dr Ripin Lamat berkata, dana yang diperuntukkan sebanyak RM4 juta kepada Sarawak adalah masih sedikit.

Tahun ini, PERNAS menyasarkan RM50 juta bagi keseluruhan siri jelajah BizFrancais termasuk tiga negeri, Sabah, Pulau Pinang dan Pahang.

“Kita difahamkan dari pihak PERNAS, sasaran pembiayaan bagi seluruh Malaysia adalah RM50 juta dan sasaran untuk Sarawak adalah sebanyak RM4 juta dan ia merupakan peruntukan yang sedikit.

“Kita minta supaya ditambah dana seperti RM8 juta atau RM12 juta supaya lebih ramai usahawan sama ada francais atau francaiso mahupun mereka yang berada di bawah Program Business In Transformation (BIT) ini dapat membangunkan lagi perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program BizFrancais Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Katanya, seramai 30 usahawan di Sarawak disasarkan dalam industri francais pada tahun ini manakala 156 bagi seluruh negara.

“Saya melihat kuasa beli di Sarawak tidak mempunyai sebarang masalah. Walaupun dengan penduduknya tidak ramai, namun kuasa belinya lebih besar berbanding bandar di Semenanjung Malaysia.

“Program Youth Entrepreneur Setup (YES) mencatatkan penyertaan sehingga 500 peserta walaupun di peringkat awal,” katanya lagi.

Tambahnya dengan bantuan PERNAS, penerimaan Sarawak terhadap industri francais diterima dengan baik yang disertakan dengan bantuan dan bimbingan.

PERNAS telah membiaya lebih daripada RM10 juta kepada usahawan di Sarawak yang merekodkan lebih daripada 15 jenama francais dan pra francais tempatan telah dibangunkan dengan bantuan PERNAS sejak 2004. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan