Search
Close this search box.
Menurut Ketua Jururawat Pusat Rawatan Madinah, Nor Ainun Muhammad beliau terpanggil untuk menyertai pasukan perubatan haji kerana ingin menyumbang bakti kepada jemaah haji negara. Foto TVS

‘Khidmat sampai mati’ kisah jururawat petugas haji

ByLuqman Muhammad

MADINAH, 11 Mei: Berkhidmat sebagai petugas Lembaga Tabung Haji (TH) di Tanah Suci sememangnya sesuatu yang didambakan oleh masyarakat Islam di Malaysia apabila dapat menyantuni Duyufurrahman “Tetamu Allah”.

Menurut Ketua Jururawat Pusat Rawatan Madinah, Nor Ainun Muhammad beliau terpanggil untuk menyertai pasukan perubatan haji kerana ingin menyumbang bakti kepada jemaah haji negara.

Menyantuni Duyufurrahman impian petugas haji.

Berkongsi cerita Ainun yang sudah berkhidmat dua musim sebagai petugas haji memberitahu beliau pernah merawat seorang jemaah yang menghadapi masalah patah tulang paha yang berusia 92 tahun.

Lebih menyedihkan jemaah yang telah dianggapnya umpama ibunya sendiri itu telah meninggal dunia pada musim haji tahun tersebut.

“Dia ada masalah patah tulang paha tetapi jemaah ini tetap bersemangat untuk datang ke tanah suci meskipun sudah mengalami kecederaan tersebut di tanah air.

“Semenjak dia datang ke sini kami telah merawat jemaah ini dari awal tanpa discaj, sehinggakan kami telah membawa jemaah ini menggunakan ambulans untuk menunaikan haji di Mekah.

“Apa yang menyedihkan jemaah ini telah meninggal dunia selepas beliau selasai melaksanakan ibadah haji,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu Ainun menyifatkan cabaran sepanjang menjadi petugas idaman haji sebagai jururawat pada operasi musim haji adalah sangat berbeza.

Ini kerana jemaah berdepan dengan keadaan cuaca panas yang melampau lebih-lebih lagi ibadah rukun Islam ke-5 itu menuntut kepada ibadah perbuatan.

“Selalunya kalau di Malaysia kita sering menguruskan operasi kecemasan melibatkan kes kemalangan tetapi di sini jemaah akan menghadapi masalah pernafasan kerana keadaan cuaca dan suhu panas dan mereka pula kebanyakannya jemaah yang berusia jadi mereka mengalami kesukaran untuk melaluinya,” katanya sambil menambah kelengkapan fasiliti perubatan yang agak terhad dan kekurangan kakitangan jururawat telah menuntut lebih keringat mereka.

Mengambil inspirasi daripada kisah ini, Ainun mahu jururawat yang ingin menyertai tugasan dalam menyantuni jemaah haji pada masa akan datang dapat bersedia dari segi persiapan mental dan fizikal yang ampuh.

Bersempena dengan Hari Jururawat yang diadakan pada 12 Mei setiap tahun, Ainun mengharapkan agar petugas jururawat bagi musim haji pada tahun ini dapat melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin dan mendapat keredaan serta diberkati Allah SWT. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan