Search
Close this search box.
Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang menyiram pokok 'Bucida Molineti' pada Program Pengindahan Kawasan Wisma SABATI dan Hari Arbor 2024 di Wisma SABATI, Kuching, hari ini. Foto DBKU

Juma’ani rasmi Program Pengindahan Kawasan Wisma SABATI dan Hari Arbor 2024

KUCHING, 11 Mei: Sebanyak 89 pokok jenis Bucida Molineti ditanam di persekitaran Wisma Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) di sini, hari ini.

Penanaman pokok itu merupakan pengisian Program Pengindahan Kawasan Wisma SABATI dan Hari Arbor 2024 yang disempurnakan Pengerusi SABATI Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang pada Program Pengindahan Kawasan Wisma Sabati dan Hari Arbor 2024 di Wisma Sabati, Kuching, hari ini. Foto TVS

Beliau merasmikan program itu dengan menanam pokok Bucida Molineti bersama Datuk Bandar Kuching Utara, Hilmy Othman.

Program tersebut merupakan anjuran Sabati dan DBKU.

Menurut Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), objektif penganjuran program adalah untuk mempromosikan kesedaran tentang manfaat menjaga alam sekitar dan kehijauan persekitaran melalui program penanaman pokok secara beramai-ramai sekali gus memelihara dan memulihara alam sekitar agar sentiasa cantik, bersih dan selamat.

Seramai 21 ahli SABATI dan enam ahli Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota (MAKSAK) Wanita Sarawak turut hadir pada program tersebut.

Antara pengisian program berkenaan ialah senaman poco-poco bersama warga SABATI, MAKSAK dan DBKU. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan