Search
Close this search box.
Hilmy Othman (tengah) menanam pokok Bucida Molineti pada Program Pengindahan Kawasan SABATI dan Hari Arbor di Wisma SABATI, Kuching, hari ini. Foto DBKU

DBKU tanam 80,000 pokok sejak penubuhannya

KUCHING, 11 Mei: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah menanam 80,000 pokok sejak penubuhan pada 1988.

Datuk Bandar Kuching Utara, Hilmy Othman berkata sepanjang tempoh tersebut DBKU menanam pelbagai spesies pokok di kawasan pentadbiran DBKU.

Inisiatif penanaman pokok adalah untuk keseimbangan alam sekitar dan mengindahkan pemandangan bandar raya.

“DBKU telah mempergiatkan lagi aktiviti penanaman pokok di sekitar bandar raya Kuching dalam usaha mencapai matlamat Hari Arbor yang berteraskan mewujudkan kawasan hijau.

“Penanaman pokok tersebut merangkumi kawasan-kawasan seperti tepi jalan dan kawasan pembahagi jalan, taman-taman rekreasi serta kawasan kejiranan sama ada kawasan perumahan dan kampung tradisional,” katanya berucap pada Program Pengindahan Kawasan SABATI dan Hari Arbor di sini, hari ini.

Program itu disempurnakan Pengerusi SABATI Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Beliau turut menyeru seluruh warga bandar raya ini bekerjasama dan berusaha menanam pokok sebagai tanggungjawab menghijaukan kawasan masing-masing.

“Ia bukan sahaja dapat menghiasi landskap malah akan membantu mencapai objektif bagi mengekalkan kelestarian alam sekitar,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan