Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negara Datuk Mutang Tagal meninggal dunia di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, pagi ini. Foto TVS

Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal meninggal dunia

BySaibi Gi

KUCHING, 10 Mei: Yang di-Pertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal meninggal dunia pada 11.46 pagi, hari ini, di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Berita sedih itu disahkan Pejabat Yang di-Pertua Negara menerusi satu kenyataan.

Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal meninggal dunia.

“Maklumat lanjut berkenaan pengebumian dan majlis penghormatan beliau akan dimaklumkan kemudian,” kata kenyataan itu.

Mutang, 70, mula menerima rawatan di Insitut Jantung Negara sejurus tiba dari Azerbaijan pada 6 Mei, selepas melakukan lawatan kerja bermula 29 April dan pulang lebih awal daripada yang dijadualkan.

Yang di-Pertua Dewan Negara itu mengetuai delegasi Malaysia untuk menghadiri Forum Dunia mengenai Dialog Antara Budaya, yang berlangsung pada 1 hingga 3 Mei di Baku, Azerbaijan.

Sebelum menghadiri forum tersebut, beliau melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev, Perdana Menteri Ali Asadov dan Speaker Milli Majlis Azerbaijan Sahiba Gafarova, serta menghadiri mesyuarat dan taklimat oleh pemain industri di negara itu.

“Keluarga mendiang Mutang mengucapkan ribuan terima kasih atas kiriman takziah serta doa yang diberikan dan menghargai ruang masa yang diberikan kepada mereka di dalam menghadapi masa yang sukar ini,” kata kenyataan itu.

Mutang dipilih menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara yang ke-20 dan mengangkat sumpah di Dewan Negara pada 19 Februari 2024.

Beliau adalah merupakan Orang Ulu yang pertama dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas, Sarawak, berkhidmat pada tahun 1982 hingga 1990.

Beliau mempunyai latar belakang pendidikan dan praktis di dalam bidang perundangan dan pemergian beliau meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan