Search
Close this search box.
Pesawat Boeing 747-8 milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ke Chicago terpaksa berpatah balik ke Frankfurt pada Khamis akibat bau pelik di dek penerbangan. Foto fail AFP

Pesawat patah balik kerana bau pelik

ByBernama

MOSCOW, 10 Mei: Pesawat Boeing 747-8 milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ke Chicago terpaksa berpatah balik ke Frankfurt pada Khamis akibat bau pelik di dek penerbangan, menurut media negara itu, lapor Sputnik.

Seorang jurucakap Lufthansa yang dipetik akhbar harian Jerman, Bild berkata tindakan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana bau yang tidak dapat dikenalpasti di dalam kokpit.

Beliau berkata pesawat itu mendarat dengan selamat di Frankfurt dan semua 320 penumpang serta 19 kru selamat.

“Pesawat itu kini sedang diperiksa oleh juruteknik dan punca bau itu masih belum dikenalpasti ,” katanya.

Ini merupakan insiden keempat melibatkan pesawat Boeing dalam tempoh dua hari.

Terdahulu pada Khamis, pihak berkuasa Turkiye memaklumkan bahawa 190 penumpang telah dipindahkan dari pesawat Boeing-738 yang menuju ke Gazipasa, Turkiye dari Cologne, Jerman selepas mendarat cemas apabila tayar pesawat itu pecah.

Pihak berkuasa memaklumkan tiada individu yang cedera dalam insiden tersebut.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan