Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Persaudaraan Masjid, Bintangor dan Haji Taha Kuching (MBHT) 2024, di Hotel Waterfront Kuching, malam ini. Foto Alex Teo (TVS)

Padang Pasir Kuching ditransformasikan sebagai stesen pusat utama ART – Abang Johari

ByOdleen Catherny

KUCHING, 10 Mei: Padang Pasir Kuching bakal ditransformasikan menjadi stesen pusat utama Transit Aliran Autonomi (ART) di Bandaraya ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan perkara itu sambil memberi
gambaran bahawa selepas projek berkenaan berjaya dilaksanakan, fungsi stesen utama di Padang Pasir Kuching akan beroperasi seperti Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral).

“Bermakna ini menjadi pusat dalam pembangunan bandar kita,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Persaudaraan Masjid, Bintangor dan Haji Taha Kuching (MBHT) 2024, di sini, hari ini.

Hadir sama, isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Beliau pada masa sama menyeru warga MBHT untuk komited menyokong inisiatif Kerajaan Sarawak dalam membangunkan kawasan berkenaan meskipun memakan tempoh jangka panjang dengan berkongsi kepakaran masing-masing.

“Saya telah meluluskan Jambatan Bintangor. Ia menjadi ikonik jambatan, lain daripada lain. Kosnya tinggi, tetapi disebabkan MBHT kawasannya, saya luluskan peruntukan yang tinggi untuk membuat jambatan,” ujar beliau.

Reka bentuk jambatan itu menurut Abang Johari bakal melambangkan hasrat orang Melayu yang komited dalam memodenkan kehidupan mereka di tengah Bandaraya ini.

“Kalau ini berlaku daripada rumah Datuk Patinggi hingga HIKMAH, masuk masjid, dan terus ke kampung Bintagor. Kita perlu ada perancangan untuk kawasan itu, di mana orang Melayu pun tidak pupus dari sudut harta mereka,” tegas beliau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan