Search
Close this search box.
Gambar kenangan Dato Sri Alexander Nanta Linggi bersama mendiang Datuk Mutang Tagal (tengah).

Nanta sifatkan pemergian Mutang satu kehilangan besar buat negara

BySaibi Gi

KUCHING, 10 Mei: Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menzahirkan rasa dukacita dan takziah atas pemergian Yang di-Pertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang menghembuskan nafas terakhir, pagi tadi.

Setiausaha Agung GPS, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada Sarawak dan negara.

“Mendiang mencipta sejarah tersendiri apabila dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara yang ke-20 pada Februari tahun ini, menjadi orang Dayak pertama dari etnik Lun Bawang memegang jawatan itu.

“Sejak penglibatannya di dalam politik, beliau telah memainkan banyak peranan penting dalam membantu parti dan juga tentunya komuniti Lun Bawang dalam mengetengahkan peranan mereka dalam bersama-sama membangunkan negeri Sarawak,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Nanta berkata, mendiang bukanlah satu figura asing kepada beliau.

“Saya masih mengingati sejarah penglibatan beliau di dalam politik Sarawak apabila ayah saya, Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi yang merupakan Setiausaha Agung PBB pada ketika itu, telah memainkan peranan penting membawa mendiang menyertai PBB pada tahun 70-an, sebelum menjadi Ahli Yang Berhormat dari tahun 1980-an hingga 1990-an,” imbas beliau.

Beliau turut menyifatkan mendiang bukan hanya sekadar rakan seperjuangan dalam politik tetapi juga merupakan kenalan rapatnya dan seluruh ahli keluarga.

“Tentunya secara peribadi, saya merasa terkesan dengan berita kematian Datuk Mutang Tagal.

“Saya mendoakan semoga semua ahli keluarga mendiang dan seluruh komuniti Lun Bawang diberikan kekuatan dalam menghadapi kehilangan ini,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan