Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin merakam kenangan bersama tetamu yang hadir Majlis Ramah Mesra dan Hari Raya Hasil bersama Media Sarawak 2024 di Akedemi Percukaian Malaysia di Kuching pada Jumaat. Foto TVS

LHDN: RM890 juta nilai kutipan cukai diterima sejak Jun 2023

KUCHING, 10 Mei: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia telah menerima 50,000 kes pengisytiharan sukarela setakat ini dengan nilai kutipan berjumlah RM890 juta daripada pembayar cukai baharu dan sedia ada.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata menerusi Program Pendedahan Sukarela Khas (SVDP) 2.0 itu jumlah kutipan dijangka meningkat sehingga tamat tempoh pelaksanaannya pada 31 Mei ini.

“Kita jangkakan lebih ramai lagi pembayar cukai yang akan mengambi peluang untuk menyertai program ini kerana kita tahu program ini pertamanya tidak akan mengenakan panalti lah.

“Kita tidak akan membuka kembali tahun-tahun di mana mereka membuat pelaburan jadi ada manafaat besar untuk membayar cukai yang belum dilaporkan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Ramah Mesra dan Hari Raya Hasil bersama Media Sarawak 2024 di Akedemi Percukaian Malaysia di Kuching pada Jumaat.

Program SVDP 2.0 bermula pada 6 Jun 2023 dan akan berakhir pada 31 Mei tahun ini.

LHDN telah merekodkan kutipan cukai sebanyak RM183.3 bilion pada tahun 2023, peningkatan RM7.8 bilion atau 4.49 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sasaran kutipan cukai LHDN untuk 2024 ditetapkan pada RM197 bilion, yang mewakili pertumbuhan 7.47 peratus daripada jumlah yang dicapai tahun lalu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan