Search
Close this search box.
Mendiang Datuk Mutang Tagal yang menghembuskan nafas terakhir pada 11.46 pagi, hari ini.

Belasungkawa: Perginya Yang di-Pertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal

ByNisa Kasnoon

DATUK Mutang Tagal bukan nama yang asing bagi rakyat Sarawak dan Malaysia.

Dilahirkan di Lawas, Sarawak pada 5 Oktober 1954.

Beliau dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara ke-20 pada 19 Februari 2024 bagi menggantikan Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meletak jawatan pada 26 Januari 2024.

Mutang yang berumur 70 tahun menghembuskan nafas terakhir pada 10 Mei 2024 di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur akibat komplikasi jantung.

Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal meninggal dunia

Mendiang menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara selama tiga bulan bagi penggal Parlimen Malaysia ke-15.

Mutang dicalonkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan merupakan calon tunggal untuk jawatan itu.

MENDIANG berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemimpin pertama dari etnik Lun Bawang dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara.

Menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Long Semadoh, Mutang kemudian melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas dan Kolej Tun Datuk Tuanku Haji Bujang, Miri sebelum mengorak langkah ke Universiti Malaya bagi melanjutkan pengajian dalam bidang Undang-Undang.

Mendiang juga merupakan pemegang ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Curtin.

Pada 1982, mendiang menyertai Badan Peguam Sarawak dan Badan Peguam Malaysia dua tahun kemudian. Mendiang diterima masuk ke Badan Peguam Sabah pada 1987 dan dilantik sebagai peguam bela dan peguam cara.

Mutang mula berkecimpung dalam arena politik apabila menang tanpa bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1982 sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas di bawah kerusi Barisan Nasional pada ketika itu.

Mendiang juga dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tahun berikutnya.

DUN Sarawak: Bertafakur untuk mendiang Datuk Mutang Tagal

Mutang sekali lagi menggalas tugas sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas bagi penggal kedua apabila berjaya menewaskan Mohd Bujang Mohd Yassin dari parti bebas pada Pilihan Raya Umum 1986.

Bagaimanapun mendiang mengambil keputusan untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum seterusnya selepas kawasannya disempadankan semula kepada kerusi Limbang dan Lawas.

Pada 12 Januari 2017, mendiang dilantik sebagai Konsul Kehormat Romania di Sarawak. Pada tahun sama atas jasa dan khidmat baktinya, mendiang dikurniakan anugerah Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk pada 2017 oleh Yang di-Pertuan Agong.

Mendiang juga memegang beberapa jawatan penting lain, iaitu Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Orang Ulu (OUCCI), naib presiden Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF) dan Ahli Majlis Tertinggi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Dayak (DCCI).

Abang Johari, Dr Sim sempat ziarah Mutang di IJN pada Rabu

Mutang juga adalah penasihat Persatuan Wartawan Sarawak Utara (NSJA) dan penasihat undang-undang Persatuan Lun Bawang Sarawak.

Mendiang meninggalkan seorang balu, Datin Ho May Leng dan tiga orang anak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan