Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Irfan Davudov di Pejabat Premier Sarawak di bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak, hari ini. Foto Akma Salleh (TVS)

Azerbaijan jemput delegasi Sarawak ke COP29 November ini

ByAkma Salleh

KUCHING, 10 Mei: Duta Azerbaijan ke Malaysia, Irfan Davudov menjemput delegasi Sarawak untuk menghadiri Sidang Kemuncak Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP29) di Baku, Azerbaijan, November ini.

Beliau memaklumkan perkara itu ketika melakukan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Pejabat Premier Sarawak di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

“Ini merupakan lawatan pertama saya dan saya harap ini bukan lawatan terakhir kerana saya juga akan menjalinkan hubungan perniagaan yang lebih erat bersama universiti-universiti di Sarawak,” katanya ditemui selepas kunjungan hormat itu.

Pihaknya menjangkakan delegasi Malaysia yang merangkumi dari Sarawak akan mengambil bahagian kerana ini sangat penting terutama dalam kalangan ahli perniagaan dan tadbir urus.

Selain itu, beliau berharap kedua-dua pihak mempunyai potensi dalam pembangunan ekonomi, pendidikan, kemanusiaan dan kebudayaan.

Turut menyertai kunjungan hormat itu, Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak di Kementerian Luar Negeri, Fenny Nuli. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan