Search
Close this search box.
Mendiang Datuk Mutang Tagal meninggal dunia pada 11.46 pagi ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Foto TVS

Abang Johari, Dr Sim sempat ziarah Mutang di IJN pada Rabu

ByAdlina Rahman

KUCHING, 10 Mei: Sarawak dan Dewan Negara kehilangan besar atas pemergian Yang di-Pertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan turut menyifatkan berita pemergian Mutang adalah satu perkara yang mengejutkan.

Abang Johari sempat melawat Mutang di IJN pada Rabu.

“Takziah kepada keluarga Datuk Mutang Tagal. Semoga rohnya bersemadi dengan aman,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Bercerita mengenai detik bersama mendiang, Dr Sim berkata sebelum mendiang berlepas ke Baku, Azerbaijan, beliau telah mengaturkan satu janji temu bersama mendiang untuk bertemu di Dewan Negara pada petang 9 Mei (semalam).

“Saya dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkesempatan menziarahi mendiang semasa menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada petang Rabu,” katanya.

Mutang, 70, meninggal dunia pada 11.46 pagi tadi di IJN Kuala Lumpur akibat komplikasi jantung.

Mendiang merupakan Orang Ulu yang pertama dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas pada tahun 1982 hingga 1990. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan