Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merakam kenangan pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Agrobank di Waterfront Hotel, di sini hari ini. Foto Alex Teo (TVS)

Agrobank terima RM4 juta dana tambahan daripada Kerajaan Sarawak, bantu usahawan tempatan

ByRegina Lee

KUCHING, 9 Mei: Agrobank menerima dana tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED), hari ini.

Dana tambahan itu disalurkan bertujuan untuk rakyat di negeri ini, terutama golongan usahawan tempatan dalam usaha membangunkan perniagaan serta industri masing-masing.

Menerusi kerjasama erat yang telah terjalin sejak 2020 lagi, Kerajaan Sarawak sebelum ini telah memperuntukkan dana sebanyak RM67 juta melalui Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) untuk Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS).

Daripada jumlah dana tersebut, Agrobank telah meluluskan sebanyak RM87 juta, merangkumi RM20 juta telah berjaya dipermodalkan semula untuk tujuan pembiayaan.

Sebanyak 202 permohonan bernilai RM7.13 juta telah diluluskan untuk manfaat 2,546 penerima SKMS setakat April 2024.

Terdahulu, majlis penyerahan simbolik cek dana berkenaan telah disaksikan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Hadir sama, Penasihat Perusahaan Kecil dan Sederhana MINTRED Dato Sri Mohd Naroden Majais dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Agrobank di Waterfront Hotel, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Agrobank Cawangan Sarawak turut berkolaboratif bersama Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) dalam membangunkan industri pertanian, penternakan dan perikanan di wilayah ini.

Tahun ini, Agrobank telah meluluskan pembiayaan di bawah projek usahasama anak syarikat Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak dan Sea Horse Corporation iaitu Rambungan Aqua Life Sdn Bhd bagi membiayai projek ternakan udang berskala besar dan komersil.

Institusi kewangan itu berharap dengan wujudnya kerjasama tersebut, pemain industri di Sarawak boleh berkolaboratif bersama Agrobank dan PPNS dalam merancakkan lagi pembangunan industri pertanian dan sekuriti makanan di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan