Search
Close this search box.
Ketua Unit Kaunseling Sektor Madinah Syazrina Maria Talib. Foto TVS

Sokongan emosi dari keluarga diperlukan oleh jemaah haji

ByLuqman Muhammad

MADINAH, 8 Mei: Jemaah haji terdedah dengan masalah gangguan emosi ketika mereka melaksanakan ibadah rukun Islam kelima itu, kata Ketua Unit Kaunseling Sektor Madinah, Syazrina Maria Talib.

Syazrina Maria berkata, perjalanan jauh serta penuh emosi yang diharungi jemaah haji itu memerlukan sokongan dan dorongan keluarga bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi mereka.

Jelas beliau, ini kerana ibadah yang akan dilaksanakan oleh jemaah haji merupakan ibadah perbuatan dan memerlukan kesabaran.

“Mereka perlu berdepan keadaan cuaca panas melampau dan jarak perjalanan yang memenatkan.

“Aspek emosi sangat penting, mungkin jemaah sudah bersabar serta cuba memahami gambaran di Tanah Suci tetapi apabila keluarga tidak memberi sokongan diperlukan selain mungkin timbul keresahan di tanah air yang dimaklumkan kepada jemaah haji, ini mungkin ia akan menggangu emosi mereka.

“Oleh itu saya galakan ahli keluarga supaya beri sokongan, selain bertanya khabar, berikanlah semangat supaya mereka kuat ketika berada di Tanah Suci,” katanya kepada pemberita baru- baru ini.

Sementara itu, Syazrina Maria memaklumkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) boleh didapati di pejabat pembimbing di setiap zon masing-masing.

Malah katanya, unit kaunseling juga akan kerap melakukan ziarah silaturahim dari bilik ke bilik untuk menyantuni jemaah haji dengan lebih berkesan.

“Di samping itu, kita juga sediakan tempat di Madinah dan Makkah sekiranya jemaah memerlukan bantuan khusus.

“Sebaik sahaja mereka tiba di Tanah Suci, kita akan perincikan di mana mereka boleh berjumpa dengan unit kaunseling ini,” katanya lagi.

Tahun ini seramai 31,600 jemaah Malaysia mendapat peluang untuk mengerjakan haji. -TVS.

(Luqman Muhammad melaporkan dari Madinah, Arab Saudi)

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan