Search
Close this search box.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak merampas rokok dan bir yang disyaki tidak berkastam dan dianggarkan bernilai RM2,310,450.00 termasuk duti dan cukai di Saratok. Foto JKDM

Kastam rampas rokok dan bir seludup dianggarkan RM2.3 juta

BySaibi Gi

KUCHING, 8 Mei: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak merampas rokok dan bir yang disyaki tidak berkastam dan dianggarkan bernilai RM2,310,450.00 termasuk duti dan cukai di Saratok.

Pengarah JKDM Sarawak Norizan Yahya berkata 2,157,720 batang rokok dan 2,185.92 liter minuman keras jenis bir yang keseluruhannya dianggarkan bernilai sebanyak RM775,790.00 dan anggaran jumlah duti dan cukai yang terlibat adalah sebanyak RM1,534,656.49.

Rampasan dihasilkan menerusi serbuan sepasukan anggota JKDM daripada Cawangan Penguatkuasaan Sarikei, JKDM Stesen Sarikei di sebuah rumah pada 24 April lepas.

“Hasil pemeriksaan di lokasi, pasukan telah menemui sejumlah rokok putih pelbagai jenama dan minuman keras jenis bir pelbagai jenama disembunyikan di dalam kawasan permis tersebut.

“Pemeriksaan rapi mendapati rokok dan minuman keras tersebut dijumpai tanpa setem cukai dan disyaki tidak berkastam,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Semasa serbuan dan pemeriksaan dilakukan tiada wakil atau pemilik barang berada di tempat kejadian. Pasukan berkenaan menunggu hampir satu jam namun tiada wakil atau pemilik yang tampil mengaku pemilik barang-barang tersebut, jelasnya.

Norizan berkata, modus operandi sindiket adalah menyimpan rokok dan minuman keras yang tidak berkastam tersebut di dalam kawasan perumahan terpencil sebelum diedar ke pasaran tempatan.

“Bagi mengaburi pihak berkuasa, sindiket ini menjadikan sebuah rumah tanpa penghuni sebagai tempat simpanan transit sebelum diedar ke pasaran sekitar,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 yakni jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan