Search
Close this search box.
Imej edaran Maxar Technologies yang diambil oleh satelit WorldView-1 pada 7 Mei 2024 menunjukkan pemandangan udara khemah dan tempat perlindungan di utara Rafah di selatan Semenanjung Gaza di tengah-tengah konflik yang berterusan di wilayah Palestin. Foto AFP

Israel musnahkan 75 peratus bangunan di Gaza

ByAFP

NEW YORK, 8 Mei: Pengeboman Israel selama tujuh bulan ke atas Gaza telah menyebabkan lebih banyak kemusnahan berbanding pengeboman kontroversi Bandar Dresden di Jerman menjelang akhir Perang Dunia Kedua.

Penganalisis Imej Satelit City University of New York, Corey Scher berkata, hampir 75 peratus bangunan di Bandar Gaza telah rosak atau musnah dengan lima hospital musnah sepenuhnya.

Menurut Scher, kadar kemusnahan terpantas adalah dalam dua hingga tiga bulan pertama pengeboman dan kadar kerosakan yang didaftarkan di Gaza belum pernah dikaji sebelum ini kerana jauh lebih pantas dan meluas daripada apa yang telah dipetakan.

Sebagai perbandingan, empat serangan udara di Dresden pada Februari 1945 memusnahkan kurang 60 peratus daripada bangunan bandar itu.

Tentera Amerika Syarikat dan British mengugurkan lebih 3,900 tan bahan letupan berkapasiti tinggi yang memusnahkan lebih kawasan seluas 6.5 kilometer di bandar itu dalam salah satu perang yang paling kontroversi.

Di Gaza pada Selasa, tentera Israel merampas sempadan Rafah – Mesir dan menutup laluan bagi menyalurkan bantuan, malah bendera Israel turut dinaikkan di sempadan tersebut.

Penyitaan lintasan itu berlaku walaupun beberapa minggu gesaan daripada sekutu dan badan antarabangsa supaya Israel menangguhkan serangan.

Tentera Israel berkata mereka menjalankan operasi terhad di Rafah untuk membunuh pejuang Hamas dan membongkar infrastrukturnya.

Seorang pegawai Israel berkata rancangan itu hampir sama dengan cadangan gencatan senjata Israel sendiri yang dikemukakan pada akhir April, dengan beberapa pindaan kecil.

Bagaimanapun, Netanyahu berkata pada Selasa bahawa rancangan gencatan senjata itu jauh daripada tuntutan Israel. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan