Search
Close this search box.
Gambar hiasan Envato

Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 9 hingga 15 Mei

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Mei: Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada paras harga RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 Mei ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling ditetapkan,” menurut kementerian itu.

Kementerian itu menyatakan kerajaan juga akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan