Search
Close this search box.
Projek Jalan Entabai/Rantau Limau Ulu Kanowit Fasa 2 telah diluluskan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di dalam Rancangan Malaysia ke-12 Rolling Plan 4 (2024) dan dijangka akan ditender tahun depan. Foto hiasan Envato

DUN Sarawak: Projek Jalan Entabai-Rantau Limau fasa kedua ditender tahun depan

ByShafik Ahmad

KUCHING, 8 Mei: Fasa kedua bagi projek pembinaan Jalan Entabai-Rantau Limau Ulu Kanowit masih di peringkat perancangan, kata Datuk Ir Aidel Lariwoo.

Mengulas lanjut, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan itu berkata, projek itu dijangka akan ditender pada tahun depan.

“Projek Jalan Entabai/Rantau Limau Ulu Kanowit Fasa 2 telah diluluskan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di dalam Rancangan Malaysia ke-12 Rolling Plan 4 (2024).

“Status terkini projek adalah dalam peringkat perancangan. Projek ini dijangka ditender pada suku ke-3 tahun 2025 setelah reka bentuk dimuktamadkan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin mengenai status pelaksanaan fasa kedua projek jalan tersebut semasa sesi soal jawab di Persidangan DUN Sarawak di sini pada Rabu.

Projek dengan kos anggaran sebanyak RM70 juta itu melibatkan kerja-kerja naik taraf jalan tanah dan berbatu sepanjang 9.5 kilometer kepada jalan berturap dengan piawaian Jabatan Kerja Raya (JKR) R1 yang akan dilaksanakan dalam tempoh 24 bulan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS