Search
Close this search box.
Dato Rahman Lariwoo ketika ditemui media di majlis perasmian dan hari pertama pertarungan Sarawak Open Boxing Championship Third Edition & Asia Super Bantam Weight Boxing Championship yang berlangsung di Stadium Perpaduan, Kuching malam tadi. Foto Mohammed Raffiq (TVS)

Tinju Sarawak sasar enam emas pada SUKMA ke-21

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 7 Mei: Pasukan tinju Sarawak menyasarkan enam pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 pada Ogos kelak.

Presiden Persatuan Tinju Sarawak, Dato Rahman Lariwoo berkata, sasaran itu diletakkan setelah menilai kualiti latihan pasukan dan beberapa faktor penting lain, selain turut merupakan sasaran yang ditetapkan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak kepada pasukan itu.

“Tinju Sarawak berjaya meraih tiga emas, dua perak dan tiga gangsa pada temasya SUKMA yang lalu.

“Kali ini kita tambah lagi tiga emas, di tempat kita sendiri tidak mustahil,” ujarnya.

Beliau ditemui selepas majlis perasmian Sarawak Open Boxing Championship Third Edition dan Asia Super Bantam Weight Boxing Championship di Stadium Perpaduan di sini malam tadi.

Jelasnya, bagi SUKMA kali ini, pasukan tinju akan menghantar penyertaan penuh iaitu seramai 12 petinju lelaki dan tiga petinju wanita.

Mengulas mengenai dua kejohanan berprestij itu, Rahman berkata, ia bertujuan untuk menggilap bakat dan potensi petinju-petinju muda khasnya dari Sarawak agar dapat menjadi petinju profesional, selain turut menjadi platform mencungkil bakat yang terdapat dalam kalangan warga belia khususnya.

Beliau melihat banyak perkembangan yang berlaku dalam arena sukan pertempuran itu dari awal beliau mengambil alih persatuan pada 2015.

“Ketika saya mengambil alih, hanya terdapat satu pusat iaitu Pusat Sarawak dan sekarang kita sudah mempunyai 14 buah pusat di bawah Persatuan Tinju Sarawak dan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dari seluruh negeri.

“Jumlah itu tidak termasuk kelab-kelab di sekitar Kuching dan Bintulu,” katanya lagi.

Untuk rekod, kejohanan tersebut mula dianjurkan pada tahun 2022 dan kali ini merupakan edisi ketiga penganjurannya sekali gus melakar sejarah baharu apabila mencatatkan penyertaan petinju tertinggi dalam acara sukan tinju di Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan