Search
Close this search box.
Pengurus Besar TBS, Datu Abang Mohamad Shibli Abang Mohamad Nailie merakam kenangan bersama tetamu kehormat lain. Foto TVS

TBS kutip zakat RM63.10 juta sepanjang Jan – April 2024

MIRI, 7 Mei: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) mengutip zakat sejumlah RM63.10 juta dalam tempoh Januari hingga April tahun ini dengan menyaksikan sebanyak RM35.59 juta telah diagihkan kepada golongan asnaf di seluruh negeri.

Pengurus Besar TBS, Datu Abang Mohamad Shibli Abang Mohamad Nailie berkata agihan telah dilaksanakan menerusi Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Program Membangunkan Institusi Islam, Program Memantapkan Kebajikan Ummah dan Program Peningkatan Kemahiran Ummah.

Menurutnya TBS juga turut menjangkakan kenaikan sekitar lima peratus kutipan zakat bagi setiap tahun.

“Setiap tahun kita menjangkakan kenaikan sekurang-kurangnya 5 peratus. Jadi kutipan ini kita kena lihat juga dari kos kehidupan sekarang. Kemampuan orang untuk membayar itu berdasarkan kepada semua pengiraan sedemikian,”

“Semakin besar kutipan kita, semakin banyak kita dapat agihkan kepada mereka yang memerlukan dan terkesan dalam apa keadaan sekalipun. Kita cukup terharu dengan sambutan dari ramai umat Islam khususnya yang telah layak membayar zakat mereka samada zakat harta atau fitrah dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Hari Bersama Pelanggan Aidilfitri 2024 di Kompleks Islam Sarawak Miri pada Selasa.

Tambahnya peningkatan nilai kutipan itu penting agar lebih banyak sumbangan dapat diagihkan kepada mereka yang memerlukan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan