Search
Close this search box.
Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sarawak berjaya merampas wang tunai sebanyak RM66,591 dan 36 unit telefon pintar dalam Ops Dadu Mega. Foto fail Bernama

Seorang suspek gaduh di Kubah Ria diberkas, polis buru lima lagi suspek

KUCHING, 7 Mei: Pihak polis telah menangkap seorang suspek lelaki berusia 23 tahun di Jalan Sultan Tengah berhubung pergaduhan di sebuah bengkel kenderaan di kawasan Kubah Ria di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, hasil siasatan mendapati suspek yang ditangkap sekitar jam 11. 40 malam itu mempunyai dua rekod lampau atas kesalahan dadah dan jenayah kekerasan.

“Kejadian berpunca daripada salah faham apabila suspek dituduh mencuri rim tayar kenderaan di bengkel tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun atau dengan denda atau keda-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan kari ini.

Katanya, pihak polis sedang giat mengesan lima orang lagi suspek lelaki tempatan yang masih bebas.

“Kita menyeru kerjasama orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat berkaitan kejadian ini dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching ditalian 082-244444 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak terlibat dengan sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang, tindakan akan diambil kepada pihak yang mengambil tindakan di luar batasan undang-undang,” tegasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan