Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam satu kejadian pokok tumbang yang menghempap 17 kenderaan, akibat hujan lebat dan angin kuat di Jalan Sultan Ismail, di sini hari ini. Foto JPBM

Seorang maut, seorang cedera dalam kejadian pokok tumbang hempap 17 kenderaan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 Mei: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam satu kejadian pokok tumbang yang menghempap 17 kenderaan, akibat hujan lebat dan angin kuat di Jalan Sultan Ismail, di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada jam 2.19 petang dan seramai 27 pegawai dan anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat sebatang pokok tumbang di atas jalan raya telah menghempap 17 buah kenderaan dan landasan monorel. Insiden tersebut turut mengakibatkan kerosakan fasiliti awam iaitu perhentian bas di tepi jalan.

“Dua mangsa telah dikeluarkan iaitu, mangsa pertama seorang lelaki berumur 47 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala mangsa kedua, seorang lelaki berumur 26 tahun mengalami kecederaan dan diserahkan kepada pihak paramedik KKM di lokasi,” menurut kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan