Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

RUU Perlindungan Kesihatan Awam (Pindaan) 2024 diluluskan

ByAdlina Rahman

KUCHING, 7 Mei: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlindungan Kesihatan Awam (Pindaan) 2024, hari ini, kata Speaker DUN, Dato Idris Buang.

Keputusan sebulat suara oleh 10 wakil rakyat itu dicapai sejurus pindaan RUU terbabit dibentangkan oleh Timbalan Premier Sarawak yang merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, sebentar tadi.

“Ordinan itu tidak pernah dipinda sejak 1999, sudah tiba masanya untuk ia dipinda bagi mengemas kini dan mengukuhkan peruntukan ordinan untuk memenuhi perubahan dan jangkaan situasi seiring Pindaan RUU itu turut bertujuan untuk mengemas kini peruntukan tertentu dalam ordinan untuk menjadikannya setanding dan selaras dengan amalan semasa.

“Ia juga bertujuan untuk mengukuhkan peruntukan tertentu mengenai hukuman dan penguatkuasaan terhadap perkara kesihatan awam,” kata beliau.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan (ADUN), Opar, Billy Sujang menyatakan sokongannya terhadap pindaan RUU itu sambil menyifatkan ia bertepatan dengan keadaan kes rabies yang kini mendadak meningkat di negeri ini.

Katanya pindaan itu antara lain akan memastikan premis makanan sentiasa bersih dan selamat dengan tidak membenarkan haiwan peliharaan masuk ke premis makanan terutama sekali ekoran peningkatan kes penyakit rabies yang mendadak di Sarawak.

“Kementerian telah menerima beberapa aduan mengenai amalan tidak sihat oleh pengendali makanan atau pemegang lesen premis makanan yang memberi makan kepada anjing dan kucing yang berkeliaran, menggalakkan atau malah menjemput haiwan terbiar berada di kawasan kedai makanan.

“Ini telah menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan pengunjung, menimbulkan persoalan kebersihan kedai itu,” katanya.

Untuk rekod sejak April 2017 sebanyak 78 kes rabies dilaporkan di Sarawak dan 71 kes (91 peratus) daripadanya melibatkan kes maut manakala tujuh lagi kes selamat selepas mendapatkan rawatan.

Daripada 78 kes yang dicatatkan, tiga daripadanya dilaporkan pada tahun ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan