Search
Close this search box.
Malaysia dan Arab Saudi bersetuju untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Malaysia-Arab Saudi setuju tingkatkan perdagangan, peluang pelaburan – Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 Mei: Malaysia dan Arab Saudi bersetuju untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara dalam meningkatkan perdagangan dua hala serta mengembangkan peluang pelaburan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata persetujuan itu dicapai susulan kunjungan hormat daripada Menteri Perdagangan dan Pengerusi Pusat Daya Saing Negara Arab Saudi Dr Majid Al-Kassabi serta delegasi di Putrajaya, semalam, dengan kedua-dua negara turut bersetuju meningkatkan kerjasama dalam sektor baharu seperti perkhidmatan, teknologi dan inovasi.

“Arab Saudi adalah rakan dagangan Malaysia yang paling penting di Asia Barat.

“Lawatan itu tepat pada masanya dalam mengekalkan momentum hubungan dua hala yang kukuh dan unik melalui kerjasama pragmatik dalam semua bidang, terutamanya dalam perdagangan dan pelaburan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan