Search
Close this search box.
TV Sarawak (TVS) menerima kunjungan hormat Kumpulan AFFIN, hari ini yang diketuai Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan(CEO) AFFIN Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah. Foto TVS

Kumpulan AFFIN berkunjung ke TV Sarawak

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 7 Mei: Kumpulan AFFIN yang diketuai Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan(CEO) AFFIN Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah mengadakan kunjungan hormat ke atas TV Sarawak (TVS), hari ini.

Kunjungan ke stesen televisyen milik Kerajaan Sarawak itu merupakan lawatan sulung delegasi berkenaan kepada agensi media di Bumi Kenyalang.

Kumpulan AFFIN berkenaan turut disertai Pengarah Urusan, Pejabat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Isman Ariffin, Ketua Komunikasi Strategik, Siti Farah Diba, Ketua Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam Ulfat Khasyi’ah Baharudin, Pengurus Perhubungan Deposit Andy Ismail serta Pengurus Komunikasi Korporat, Perhubungan Awam Sharifah Noor Syahirah.

Kunjungan mereka telah diraikan oleh Pengerusi Sarawak Media Group (SMG) Dato Norhyati Ismail , Ahli-ahli Lembaga Pengarah SMG, Datuk Dr. Jeniri Amir, Dato Ahmad Shafiee, Ketua Pegawai Eksekutif TVS, Kushairi Abang dan Ketua Pegawai Media TVS, Sardon Zainal.

Pada kunjungan berkenaan, delegasi Kumpulan AFFIN turut dibawa untuk mengadakan lawatan ke bilik berita TVS serta studio rakaman TVS.

Terdahulu, delegasi Kumpulan AFFIN dan TV Sarawak (TVS) telah mengadakan kunjungan hormat kepada isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang merangkap Pengerusi Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI).

Kunjungan hormat yang diketuai Pengerusi Sarawak Media Group (SMG), Dato Norhyati Ismail itu bertujuan untuk memanjangkan jemputan kepada Juma’ani bagi menyempurnakan Majlis Ziarah Raya Kumpulan AFFIN dan TVS pada 9 Mei ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan