Search
Close this search box.
Pengerusi SABATI, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang menerima kunjungan hormat daripada Kumpulan AFFIN dan TVS di Wisma SABATI. Foto Amirah Shawel (TVS)

Isteri Premier Sarawak akan hadiri Majlis Ziarah Raya Kumpulan AFFIN dan TVS

ByAmirah Shawel

KUCHING, 7 Mei: Pengerusi Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) yang juga isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang menerima kunjungan hormat Kumpulan AFFIN dan TV Sarawak (TVS) di sini, hari ini.

Kunjungan hormat yang diketuai Pengerusi Sarawak Media Group (SMG), Dato Norhyati Ismail itu bertujuan menjemput Juma’ani menghadiri Majlis Ziarah Raya Kumpulan AFFIN dan TVS yang akan diadakan pada 9 Mei ini.

Pengerusi SABATI, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang menerima kunjungan hormat Kumpulan AFFIN dan TVS di Wisma SABATI. Foto Amirah Shawel (TVS)

TVS dalam satu kenyataan memaklumkan majlis itu akan dianjurkan bersama Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Sri Satok dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE).

“Majlis ini adalah sejajar dengan hala tuju strategik PPDK dan PAWE dengan bimbingan Pusat Kebajikan Petra Jaya (PKPJ) dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penjagaan anak-anak Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas dalam pelbagai aspek seperti pembangunan kemahiran asas, pembangunan kognitif mental, pembelajaran berkaitan keagamaan dan lain-lain lagi,” katanya.

Hadir sama ialah Ketua Komuniti Pengagihan Cawangan Kumpulan AFFIN, Johanna Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif TVS, Kushairi Abang dan Ketua Pegawai Media TVS, Sardon Zainal.

Stesen televisyen Sarawak itu berkata, pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan agensi dan badan korporat dalam menjayakan program-program yang dilaksanakan.

Sementara itu, Kumpulan AFFIN memaklumkan pihaknya juga giat menyantuni golongan memerlukan menerusi aktiviti-aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan sumbangan zakat sepanjang bulan Ramadan dan Syawal. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan