Search
Close this search box.
Safiee Ahmad berkata undang-undang itu berupaya memaksimumkan kutipan dari semua pelabuhan Sarawak.

DUN Sarawak: RUU Lembaga Pelabuhan Sarawak memperkasakan pengurusan pelabuhan

ByAdlina Rahman

KUCHING, 7 Mei: Rang Undang-undang (RUU) Lembaga Pelabuhan Sarawak 2024 bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri untuk menubuhkan satu badan mengurus dan mentadbir kesemua pelabuhan di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata undang-undang itu berupaya memaksimumkan kutipan dari semua pelabuhan Sarawak, selain menyeragamkan pentadbiran dan dasarnya di bawah Lembaga Pelabuhan Sarawak.

“Dengan cara ini, pengurusan dan pentadbiran pelabuhan-pelabuhan Sarawak juga akan lebih bersepadu dalam penyelarasan fungsi-fungsi pelabuhan di Sarawak,” katanya menerusi ucapan perbahasan bagi RUU Lembaga Pelabuhan Sarawak.

RUU itu dibentangkan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Safiee turut mengingatkan kerajaan untuk memberi perhatian khas kepada beberapa perkara, dalam memastikan pelaksanaan dasar baharu itu berkesan.

“Antara perkara yang perlu diberikan perhatian adalah risiko-risiko seperti kebergantungan peruntukan dana yang disatukan oleh pelabuhan-pelabuhan yang berprestasi lemah dan kurang daya saing, risiko pelabuhan-pelabuhan berdaya maju dan berpotensi tinggi tidak mendapat sumber secukupnya dan risiko keperluan khusus pelabuhan-pelabuhan yang terlepas pandang akibat penyeragaman dasar yang generik,” jelasnya.

Tujuh pelabuhan di Sarawak terdiri daripada Pelabuhan Kuching, Pelabuhan Senari, Pelabuhan Tanjung Manis, Pelabuhan Samalaju, Pelabuhan Rajang, Pelabuhan Miri dan Pelabuhan Bintulu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan