Search
Close this search box.
Datuk Liwan Lagang berkata peruntukan untuk fasiliti internet yang meningkat kepada RM2.25 bilion, menunjukkan keprihatinan Kerajaan Sarawak.

DUN Sarawak: RM2.25 bilion disediakan Kerajaan Sarawak tingkat mutu perkhidmatan internet

ByAdlina Rahman

KUCHING, 7 Mei: Sejumlah RM2.25 bilion diperuntukkan Kerajaan Sarawak bagi menambah baik dan mempercepatkan penyediaan kemudahan telekomunikasi internet.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Liwan Lagang berkata peruntukan yang meningkat dari RM1.89 bilion sebelum ini, menunjukkan keprihatinan Kerajaan Sarawak untuk memastikan penduduk Sarawak dapat menggunakan internet.

“Penyediaan kemudahan telekomunikasi adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Namun Kerajaan Sarawak begitu prihatin dengan melaksanakan program intervensi untuk menambah baik dan mempercepatkan penyediaan kemudahan telekomunikasi internet,” katanya.

Beliau menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Dato Sri Tiong King Sing pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Liwan berkata lagi, selaras dengan intervensi Kerajaan Sarawak, usaha untuk menambah baik liputan internet di kawasan DUN Dudong juga mendapat perhatian apabila lima menara telekomunikasi Sarawak Multimedia Authority Rural Telecommunication (SMART) diperuntukkan.

Dua menara telah beroperasi manakala tiga menara lagi masih di pelbagai peringkat pelaksanaan dan dijangka siap secara berperingkat sehingga suku pertama 2025, jelasnya.

Menurutnya, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan 16 menara telekomunikasi di bawah inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Daripada jumlah tersebut, 13 menara telah siap dan beroperasi manakala baki tiga menara masih di pelbagai peringkat pelaksanaan sehingga suku keempat tahun 2024,” katanya

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS