Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri Tellian, Royston Valentine menyokong perbahasan Rang Undang-Undang Lembaga Pelabuhan Sarawak 2024 di Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini. Foto TVS

DUN Sarawak: Lembaga Pelabuhan Sarawak optimumkan operasi, mampankan ekonomi negeri

KUCHING, 7 Mei: Ekonomi Sarawak bakal berkembang dengan pemerkasaan sektor pelabuhannya sekali gus meningkatkan daya saing dalam perdagangan antarabangsa.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine, ia merupakan langkah bijak dalam mengoptimumkan pengurusan dan operasi pelabuhan di Sarawak di bawah satu payung yang sama.

Menerusi pengurusan pelabuhan berpusat, Royston menyifatkan inisiatif berkenaan juga akan memberi implikasi meluas kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan mampan.

“Lembaga Pelabuhan Sarawak mampu membentuk masa depan pengurusan terbaik pelabuhan yang di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya sekali gus memacu hal positif bagi ekonomi, komuniti dan alam sekitar di rantau ini.

“Melalui pengawasan strategik, peraturan standard, kesalinghubungan yang dipertingkatkan, rangsangan ekonomi dan amalan yang mampan, pihak Lembaga Pelabuhan Sarawak mampu melakar trajektori untuk masa depan pengurusan pelabuhan di Sarawak yang berimpak besar dan progresif,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 dalam menyokong perbahasan Rang Undang – Undang Lembaga Pelabuhan Sarawak 2024 di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Selasa.

Royston menambah pihak berkuasa pelabuhan berpusat diyakini akan memacu usaha untuk meningkatkan kesalinghubungan, fasilitasi perdagangan, dan kecekapan logistik di Sarawak.

“Selain itu, bekerjasama dengan pihak berkepentingan juga akan mengoptimumkan rangkaian rantaian bekalan, melabur dalam peningkatan infrastruktur pelabuhan,” ujarnya.

Antara lain, kata Royston ia dapat memupuk pergerakan kargo yang lancar, meningkatkan perkhidmatan pelabuhan, menarik laluan perkapalan baru dan peluang perniagaan sekali gus mengukuhkan kedudukan Sarawak sebagai hab logistik dan pengangkutan utama di rantau ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan