Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak- Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam. Foto TVS

DUN Sarawak: Gejala jenayah siber fokus utama MPS

ByKimberly Dickson

KUCHING, 7 Mei: Gejala jenayah siber diangkat sebagai isu baharu dalam 14 fokus Majlis Pembangunan Sosial Sarawak (MPS) dalam usaha menangani masalah itu secara bersepadu.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak- Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, menerusi MPS, pelbagai program telah dijalankan dalam memberi kesedaran dan advokasi berkaitan jenayah siber.

Malah, aktiviti penguatkuasaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut dilaksanakan bagi membanteras kegiatan perjudian di Sarawak khususnya judi atas talian.

“Melalui tindakan bersepadu dengan Sarawak Energy Berhad (SEB), premis-premis yang terlibat juga dikenakan pemotongan elektrik di bawah Seksyen 21A, Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan dengan kolaborasi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), laman sesawang perjudian sindiket perjudian terlibat dipantau dan dikenakan sekatan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohamad Chee Kadir mengenai gejala penagihan dadah dan judi atas talian dalam kalangan penduduk yang semakin tenat di Sarawak khasnya di kawasan Kabong pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Mendedahkan perkara itu, kata Razi, sebanyak 99 serbuan berjaya dilakukan antara tahun 2022 sehingga Mac 2024 yang melibatkan 99 tangkapan dan daripada jumlah tersebut, 67 kes telah dituduh di mahkamah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan