Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Jamuan Negeri bersempena dengan Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Penggal Ke-19 malam ini. Foto Fiqri Razak (TVS)

TYT, Premier Sarawak hadiri Majlis Jamuan Negeri

ByAkma Salleh

KUCHING, 6 Mei: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohamad Sanusi menghadiri Majlis Jamuan Negeri bersempena dengan Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Penggal Ke-19 di sini, malam ini.

ang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohamad Sanusi menghadiri Majlis Jamuan Negeri bersempena dengan Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Penggal Ke-19 di sini, malam ini. Foto Fiqri Razak (TVS)

Turut menghadiri majlis itu ialah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Selain itu, bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang juga menghadiri majlis tersebut bersama dif-dif kehormat yang lain.

Majlis diserikan dengan persembahan instrumental Tunggu Sekejap, dan Getaran Jiwa, selain dihiburkan oleh bakat anak Sarawak seperti Alia Tenor yang mendendangkan lagu Kau Selalu di Hatiku, Hafizah (Kasih) dan Firdaus Materang (Quando Quando).

Terdahulu, Pehin Sri Dr Wan Junaidi telah merasmikan Majlis Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di Kompleks DUN pada pagi tadi.

Majlis istiadat pembukaan itu merupakan yang pertama dirasmikan Tun Wan Junaidi selepas beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai TYT kelapan pada 29 Januari lalu.

Persidangan Penggal Ketiga DUN Sarawak Ke-19 bermula pada 6 hingga 15 Mei ini.

Lima Rang Undang-Undang (RUU) akan dibentangkan pada persidangan kali ini, iaitu RUU Perbekalan Tambahan (2023), 2024, RUU Perbekalan Tambahan (2024), RUU Lembaga Pelabuhan Sarawak 2024, RUU Perlindungan Kesihatan Awam (Pindaan), 2024 dan RUU Perbadanan Perhutanan Sarawak (Pindaan ) 2024. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan