Search
Close this search box.
Raudah ialah taman syurga di dunia dan merupakan satu ruang dalam Masjid Nabawi, antara mimbar dan makam Nabi Muhammad SAW. Foto Zen Hashim (TVS)

TH beri jaminan pastikan jemaah haji berpeluang ziarah Raudah

ByLuqman Muhammad

MADINAH, 6 Mei: Lembaga Tabung Haji (TH) memberi jaminan akan memastikan kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia berpeluang untuk memasuki Raudah, kata Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin.

Beliau yang juga Naib Konsul Haji Malaysia berkata, permohonan rasmi itu akan dilakukan oleh pihak Tabung Haji menerusi sistem Nusuk namun bergantung kepada kelulusan pihak Masjid Nabawi.

TH beri jaminan pastikan jemaah haji berpeluang ziarahi Raudah.

“Permohonan jemaah haji untuk menziarahi Raudah dan makam Rasulullah SAW ini akan dibuat oleh pihak Tabung Haji melalui sistem Nusuk yang akan dimohon secara berkumpulan mengikut kumpulan penerbangan jemaah haji dan jemaah haji akan disusun mengikut tarikh ketibaan,” katanya pada sidang media di sini.

Dalam pada itu bagi mengelak kebimbangan jemaah haji yang berdepan kesukaran untuk mengisi permohonan tersebut, Ashrof memaklumkan bahawa segala permohonan berkaitan akan dibantu sepenuhnya oleh pihak Tabung Haji.

Malah katanya lagi, Tabung Haji juga akan membantu bakal jemaah haji dari setiap sudut untuk memastikan semua bakal jemaah haji dapat merasai pengalaman mengikuti sesi ziarah dalam ini.

“Untuk jemaah haji yang berusia Tabung Haji akan melihat tahap keupayaan mereka, sekiranya mereka boleh berjalan sendiri misalnya perlahan dan sebagainya, kita akan kenal pasti sama ada mereka mempunyai waris atau tidak.

“Jika tidak ada, kita ada petugas yang akan membantu jemaah dari hotel penginapan ke Masjid Nabawi atau sekiranya tidak mampu berjalan bergerak ke Masjid Nabawi kita akan menyediakan kerusi roda untuk membantu membawa jemaah haji kategori ini ke kawasan Raudah,” katanya lagi.

Sesi ziarah Raudah (ziarah dalam) ini merupakan antara sebahagian daripada pengisian bagi jemaah haji ketika mereka berada di sini selama enam hari, lima malam.

Untuk rekod, Raudah ialah taman syurga di dunia dan merupakan satu ruang dalam Masjid Nabawi, antara mimbar dan makam Nabi Muhammad SAW.

Raudah juga disebut sebagai tempat yang paling mustajab atau paling baik untuk memanjatkan doa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan