Search
Close this search box.
Pasukan badminton lelaki China menjulang Piala Thomas 2024 selepas menewaskan Indonesia 3-1 pada perlawanan akhir Piala Thomas 2024 di Pusat Sukan Chengdu High-tech Zone, China, malam tadi. Foto Bernama

Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11

ByBernama

CHENGDU, 6 Mei: China menepati ramalan apabila merangkul gelaran ke-11 dengan menewaskan juara 14 kali, Indonesia 3-1 pada perlawanan akhir Piala Thomas  2024 di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone di sini, malam tadi.

Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.

Pemain perseorangan lelaki kedua dunia Shi Yu Qi menyumbang mata pertama apabila menewaskan Anthony Sinisuka Ginting 21-17 pada set pertama, dan meneruskan momentum kemenangan dalam kelas tersendiri dengan 21-6.

Aksi meyakinkan Yu Qi memberikan suntikan semangat kepada beregu nombor satu dunia Liang Wei Keng-Wang Chang untuk menyumbang mata walaupun terpaksa bermandi keringat sebelum mengatasi juara All England 2024 Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 21-18, 17-21, 21-17 sekali gus mengukuhkan kedudukan.

Bagaimanapun, Indonesia kembali mengurangkan defisit mata apabila Jonatan Christie mempamerkan aksi cemerlang mengatasi pemenang pingat emas Sukan Asia 2022 Li Shi Feng dalam pertarungan sengit 21-16, 15-21, 21-17 untuk menghidupkan semula harapan untuk Indonesia.

Bagaimanapun, beregu kedua Indonesia gagal Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana terlepas peluang mengikat kedudukan sekali gus mengheret kepada perlawanan penentuan apabila tewas 11-21, 15-21 kepada pasangan He Ji Ting-Ren Xiang Yu.

Pada sidang media selepas perlawanan akhir, Ji Ting melahirkan kegembiraan kerana berjaya membawa pulang Piala Thomas ke China selepas kali terakhir memenanginya pada 2018 di Bangkok, Thailand.

Bagi Yu Qi pula, beliau tidak menyangka dapat memenangi perlawanan dengan kelebihan besar ketika berdepan Ginting pada perlawanan pembukaan.

“Set pertama sangat mencabar dan saya tidak bermain dengan baik seperti yang diharapkan. Bagaimanapun, sorakan penyokong dan dorongan daripada rakan sepasukan telah meningkatkan keyakinan selepas menang set pertama itu,” katanya.

Dalam pada itu, Bagas yang kecewa tidak dapat memenangi perlawanan keempat berikrar untuk kembali lebih kuat dalam kejohanan akan datang.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan